Sukan

Nampak hasil lepas ubah taktikal

Pengendali Kuching City FC (KCFC), Irfan Bakti Abu Salim mendedahkan perubahan taktikal yang dilakukan pada babak kedua membolehkan barisan pemainnya bangkit untuk melakar kemenangan 2-1 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) II pada aksi tertunda Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, petang semalam.

Pengendali berpengalaman itu berkata agak terkejut apabila melihat skuad kendalian Rafael Gil Sanchez tidak beraksi secara menyusun permainan dengan mengawal bola sebaliknya lebih gemar mengumpan bola jauh ke hadapan.

Selalunya JDT II akan mengawal permainan dan `build up’ perlawanan. Jadi taklimat saya sebelum perlawanan adalah salah yang mana pasukan lawan sepatutnya main bola tapi mereka ubah corak dengan permainan `direct football’.

Tapi pemain lambat baca permainan JDT II terutama bola lambung lebih terarah mencari Fernando (Rodriguez) yang tidak dikawal dan sebab itu pemain lambat untuk mengadaptasi diri dengan situasi permainan.

Ketika waktu rehat, saya memberitahu kepada pemain baki 45 minit babak kedua masih ada dan ubah karektor dan tidak terikut corak permainan JDT II malah perlu berani untuk bersaing dengan pasukan itu.

“Hasilnya kita meraih keputusan positif dan mungkin juga faktor JDT II beraksi pada waktu petang yang menyebabkan pemain mereka tampak kepenatan dan kesempatan itu diambil sepenuhnya oleh kami,” kata Irfan Bakti.

Sementara itu, Sanchez pasrah dengan kekalahan pertama selepas mencatat rekod tujuh perlawanan tanpa tewas tatkala menegaskan aksi pada sebelah petang mer3ncatkan corak permainan pemainnya yang tampak kepenatan.

Malah katanya, nasib juga tidak memihak kepada JDT II walaupun beraksi di stadium yang pernah menjadi gelanggang pasukan itu musim lalu selain tidak dapat menurunkan beberapa pemain akibat kec3deraan dan terpaksa melakukan rombakan pada kesebelasan utama.

“Kami tidak dapat turunkan Muhamad Alif (Abdul Mutalib) selepas mengalami kecederaan dan saya juga hanya memasukkan Nicolas (Fernandez) pada pertengahan babak kedua memandangkan dia baru pulih daripada kec3deraan.

“Saya jangkakan keputusan 1-1 tapi apakan daya kami tewas selepas tujuh perlawanan tanpa tewas namun itu tidak melemahkan semangat kami sebaliknya akan bangkit pada pertembungan men3ntang Terengganu FC II, Ahad ini,” kata Sanchez.