Indonesia melangkah ke Piala Dunia B-17 2025 dengan penuh bergaya, menewaskan Yemen dengan keputusan 4-1 dalam aksi yang berlangsung semalam.
Setelah mengejutkan Korea Selatan dalam aksi pertama Piala Asia B-17, Indonesia turun dengan misi merekodkan satu lagi kemenangan ke atas Yemen yang menewaskan Afghanistan.
Kemenangan bakal memastikan tiket ke suku akhir Piala Asia B-17 dan juga membawa Indonesia ke Piala Dunia yang akan berlangsung di Qatar bersama lapan lagi negara dari benua Asia.
Kemenangan 4-1 berjaya dihasilkan skuad Indonesia, jaringan terhasil menerusi Zahaby Gholy, Fadly Alberto, dan dua gol daripada Evandra Florasta — gol saguhati Yemen dihasilkan oleh Mohammed Al-Garash.
sumber:- stadium astro
Apa yang menerusi tumpuan dalam aksi ini adalah gol yang disempurnakan Zahaby, bijak mengambil peluang daripada kesilapan pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan yang cukup bergaya sebelum meraikan gol seperti bintang Harimau Malaya, Faisal Halim.