sukan

Perancang baru Malaysia diangkat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan

Perancang baru Harimau Malaya, Hector Hevel, diangkat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika Malaysia menewaskan Nepal 2-0 dalam perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam tadi.

Baru sahaja melengkapkan proses menjadi pemain warisan negara awal tahun ini, Hevel menandakan penampilan pertamanya bersama Harimau Malaya dengan aksi penuh gemilang, termasuk dengan menjaringkan gol pembukaan skuad negara menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-29.

Pemain tengah kelahiran Leidschendam, Belanda itu mencuri hati peminat bola sepak negara dengan siri hantaran tepatnya, visi yang menarik, serta pengawalan bola yang hampir sempurna di kawasan tengah.

sumber:- stadium astro

Dengan kemenangan itu, Malaysia menduduki tangga kedua Kumpulan F dengan tiga mata dan hanya dipisahkan perbezaan jaringan dengan pendahulu, Vietnam.Malaysia seterusnya akan bertemu Vietnam bagi aksi kedua pada 10 Jun depan.