Penyokong kelab Buriram United meluahkan kekecewaan mereka sejurus perlawanan pertama aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit menentang Johor Darul Ta’zim, malam tadi yang berkesudahan 0-0.
Menerusi ruangan komen di laman sosial rasmi kelab mereka, kekecewaan mereka itu timbul apabila keputusan pengadil yang tidak memihak kepada Buriram United dengan dakwaan beberapa aksi bola terkena tangan pemain JDT dalam kawasan penalti, sekaligus menafikan peluang untuk sepakan penalti.
“Alamak, bola terkena tangan. Kenapa tidak semak VAR”?”Bola itu terkena penuh tangan pemain JDT”
Turut dalam kalangan mereka yang tidak berpuas hati akan keadaan padang yang lembut dan licin, kerana dilihat menjadi faktor utama bukan sahaja Buriram United gagal bermain dengan baik, malah turut mempengaruhi rentak permainan JDT pada malam tadi.
Penyokong Buriram United turut mempersoalkan prestasi pemain import kelahiran Itali, Martin Boakye yang dilihatkan gagal mempamerkan persembahan terbaiknya sehingga tamat permainan.
Baokye dilihat gagal menembusi benteng pasukan JDT apabila dirantai kemas dua pertahanan kental Park Jun-heong dan Eddy Israfilov.
“Bagaimana pemain no. 45 boleh kekal sehingga tamat permainan?””Sukar dipercayai. Boakye kekal sehingga tamat aksi”
sumber:- stadium astro
Perseteruan ini akan berterusan sehingga aksi kedua minggu hadapan (11 Mac) di Stadium Sultan Ibrahim, dengan JDT berazam untuk menumpaskan jaguh kelab Thailand itu dan mara ke pusingan seterusnya.