Bintang Brazil, Neymar Santos Junior (Jr), membantu pasukan lamanya, Santos, menggapai kemenangan penting menerusi jaringannya pada minit ke-27 di Stadium Jose Levy Sobrinho, sebentar tadi.
Gol pembukaan Tiquinho Soares memberi kelebihan tertentu buat pasukan pelawat mencari tiga mata penuh sebelum bekas pemain bekas pemain Al-Hilal itu menyempurnakan gol daripada sepakan sudut yang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Pereira.
Jaringan berkelas dunia itu sudah semestinya mengingatkan peminat bola sepak Malaysia dengan sentuhan bekas jeneral Kelantan suatu ketika dahulu, Mohd Badri Mohd Radzi atau leib dikenali sebagai Piya, yang pernah melakukan perkara sama sekitar 10 tahun lalu.
sumber:- stadium astro
Permulaan positif yang ditampilkan bekas tonggak Barcelona itu selepas kerap dibelenggu kecederaan menawarkan impak berguna buat Santos yang mahu memburu kejuaraan musim ini.