Malaysia dijangka akan membuka kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Asia menentang Nepal pada 25 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.
Ini selepas kemas kini laman web rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menunjukkan perlawanan pertama Harimau Malaya dalam Kumpulan F itu akan berlangsung di kubu Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan.
sumber:- stadium astro
Sebagai rekod, kali terakhir skuad negara beraksi di SSI ialah ketika menentang Hong Kong dalam satu aksi persahabatan pada 28 Mac 2023.