sukan

Status Terkini ke Faisal Halim

Tiga bulan berbaki sebelum genap setahun insiden serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim berlaku, sehingga kini kes itu masih belum berjaya diselesaikan.

Malah, perkembangan siasatan berhubung kes terbabit juga ‘tergantung’ dengan pihak Selangor FC (SFC) tidak mengetahui sejauh mana perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC, Dr Johan Kamal Hamidon mengakui, pihaknya masih menunggu hasil siasatan kes itu.”Buat masa ini memang tak ada (laporan dari pihak berkuasa). Buat masa ini kita belum ada apa-apa lagi,” katanya.

Ditanya mengenai hasrat kerajaan negeri untuk membantu dengan mendapatkan peguam terbaik bagi mengendalikan kes itu, Johan akui beberapa tindakan lanjut sudah dilakukan.

“Pihak kerajaan itu saya fikir, itu satu inisiatif daripada pihak mereka untuk mendapatkan peguam, buat masa ini tak ada apa-apa lagi.

“Dalam dua ke tiga minggu lalu, pihak peguam ada membuat beberapa perkara tapi tidak ada apa-apa perkembangan lagi,” katanya.

Pada 5 Mei tahun lalu, penjaring gol terbaik Piala Asia 2023 itu dilaporkan mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Susulan itu, Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey terpaksa menjalani pembedahan beberapa kali ekoran insiden itu.

Malah pada persidangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Julai tahun lalu, menyaksikan usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan terhadap atlet diluluskan secara konsensus oleh kesemua ADUN.

sumber:- BH

Antara lain, ADUN Selangor turut mendesak supaya siasatan menyeluruh dilakukan terhadap kes berkenaan dan dapatan kes didedahkan untuk pengetahuan awam.