sukan

JDT sah umum secara Rasmi

Gergasi bola sepak tempatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) sah menjalin kerjasama dengan kelab bola sepak ternama dunia yang beraksi di Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG).

Perkembangan itu dikongsikan skuad Harimau Selatan menerusi satu kemaskini di laman Johor Southern Tigers, hari ini.”Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC diketuai Daniel Markham, Ketua Kakitangan kepada Nasser Al-Khelaifi, Presiden PSG di mana satu persetujuan prinsipal dicapai untuk menjalin kerjasama antara juara Ligue 1 Perancis itu dengan JDT.

“Antara aspek yang dibincangkan termasuk ‘multi-club partnership’ dengan kelab-kelab bola sepak dimiliki oleh Qatar Sports Investments, pembangunan bola sepak peringkat akar umbi, infrastruktur, penjenamaan serta perkongsian kepakaran dan teknologi,” kata pasukan itu.

Dalam perkembangan sama, Tunku Mahkota Ismail turut diberikan penghormatan menyaksikan projek terbaharu pasukan itu.

sumber:- BH

“Tunku Mahkota Ismail turut menerima jemputan daripada Nasser Al-Khelaifi ke Paris untuk melawat pusat latihan baharu PSG dan menghadiri perlawanan di Parc des Princes,” katanya.