sukan

Gara-gara Haaland City Hilang dua mata

Erling Haaland gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak kedua dengan krisis Manchester City berterusan apabila sekadar terikat 1-1 menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, sebentar tadi.

City ketika ini berada dalam situasi parah selepas sekadar menang satu daripada 13 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Keputusan itu meletakkan City berada di tangga keenam, tiga mata di belakang pasukan di tangga keempat, Nottingham Forest dan 11 mata ketinggalan di tangan pendahulu, Liverpool.

Tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-14 selepas Bernardo Silva menyudahkan hantaran Jeremy Doku meskipun dibantu dengan tampanan Jarrad Branthwaite.

Namun dengan peluang keemasan pertama pada perlawanan itu, Everton menyamakan kedudukan pada minit ke-36 hasil penyudah Iliman Ndiaye susulan hantaran lintang Abdoulaye Doucoure.

City seharusnya mendahului di awal babak kedua apabila Vitalii Mykolenko menjatuhkan Savinho tetapi Jordan Pickford cemerlang menafikan sepakan penalti Haaland.

sumber:- BH

Usaha City memburu gol kemenangan gagal sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus menyaksikan kali terakhir mereka menang adalah ketika berdepan Forest, 4 Disember lalu. -AGENSI