sukan

TERKINI: Aksi penentuan Separuh Akhir berekhir dengan penuh Dramatik

Keputusan seri tanpa jaringan cukup untuk memastikan Singapura menamatkan perjalanan Malaysia dalam saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Harimau Malaya dalam misi mendapatkan kemenangan – ia dipamerkan menerusi corak permainan agresif dengan serangan demi serangan yang dilancarkan ke arah kubu pertahanan Singapura.

Bermula dengan percubaan Endrick dos Santos pada minit kelima yang melepaskan rembatan leret tepat ke arah penjaga gol, Izwan Mahbub.
Stuart Wilkin hampir mendapatkan gol buat Malaysia, percubaannya pada minit ke-28 bagaimanapun sekadar melepasi palang gol.Peluang terbaik skuad negara dalam separuh masa pertama terhasil apabila percubaan Haqimi Azim berjaya ditepis Izwan, dengan Daniel Ting cuba menampan masuk bola namun dikekang pertahanan Singapura.

Bersambung dalam separuh masa kedua, Haqimi berjaya melepaskan tandukan di awal separuh masa kedua, sekali lagi pertahanan Singapura bertindak kemas untuk menafikan percubaan penyerang KL City itu.

Deretan percubaan yang semakin hampir menembusi gawang menghangatkan lagi suasana di SNBJ, dengan kehadiran lebih daripada 30,000 penyokong semakin terdesak mahu menyaksikan gol terhasil buat Harimau Malaya.

Kemasukan Paulo Josue meningkatkan lagi pengalaman di bahagian serangan, sepakan percuma yang diambil cuba disambar Daniel namun sekali lagi pertahanan Singapura bermain dengan cemerlang dalam usaha memastikan mereka memperoleh keputusan yang baik dalam perlawanan ini.

sumber:- stadium astro

Tamat 90 minit dengan keputusan seri tanpa jaringan menyaksikan Malaysia menamatkan saingan Kumpulan A di tempat ketiga, sementara Thailand dan Singapura ke separuh akhir.