Tindakan penyerang muda negara, Fergus Tierney memilih mewakili skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala Asean menjadi punca kontraknya ditamatkan kelab Thailand, Chonburi FC.
Perkara itu didedahkan media Thailand yang kemudiannya menjadi tular di media sosial.
Difahamkan, tindakan Chonburi FC menamatkan khidmat Tierney adalah disebabkan saingan Thai League 2 masih berlangsung, namun pemain naturalisasi berusia 21 tahun itu memilih membantu Malaysia dalam kempen Piala Asean.
Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan kiriman Talungballthai di laman sosial yang berkongsi pendedahan wartawan sukan terkenal Thailand, Jay Waropat yang mengakui ia berpunca daripada keadaan itu.
Untuk rekod, Tierney adalah pemain berstatus pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mula menyertai kelab terbabit pada Julai lalu.
Sepanjang lima bulan di negara itu, Tierney sudah meledak satu gol dalam 13 penampilan bersama Chonburi FC.
Dalam aksi menentang Kemboja dalam saingan Piala Asean Ahad lalu, penyerang muda negara itu muncul penyelamat apabila meledak gol penyamaan pada babak kedua sebaik dimasukkan bagi menggantikan Paulo Josue.
sumber:- HM
Malaysia dan Kemboja terikat 2-2 dalam perlawanan itu dan masing-masing memungut satu mata untuk berada di belakang Thailand yang membenam Timor Leste, 10-0.