TEMPOH 18 bulan mengendalikan pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia disifatkan sebagai momen yang memberi impak besar sepanjang karier bergelar jurulatih.
Itu luah jurulatih Zii Jia, Wong Tat Meng yang dipilih mengalas tanggungjawab untuk mendapatkan kembali semula rentak pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu untuk terus bersaing dalam kelompok teratas dunia.
Malah jelasnya, cabaran awal mengendalikan pemain berusia 26 tahun yang ketika itu berada dalam prestasi tidak konsisten adalah merangka strategi untuk bekas juara Seluruh England tersebut kembali menyerlah.
“Sejujurnya, ketika mula melatih Zii Jia, tumpuan utama adalah membantu dia mendapatkan semula prestasi dan keyakinannya. Fokus menjalani latihan dan bekerja keras berjam-jam bagi mencapai semula prestasi.
“Dan, kita berjaya mengembalikan ranking dunia dia di kedudukan 10 terbaik, memenangi gelaran penting seterusnya paling penting melepasi kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
“Sesungguhnya, satu kepuasan apabila dapat melihat dia bukan sahaja berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik terbaik dunia menjelang Paris 2024, tetapi juga membawa pulang pingat gangsa,” katanya bekas pemain perseorangan lelaki negara era penghujung 80-an hingga awal 90-an berkenaan.
Team LZJ sebelum ini memaklumkan tugasan terakhir pengendali berusia 57 tahun itu yang kontraknya berakhir 31 Disember adalah Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di China minggu depan.
sumber:- SH
Team LZJ menyebut bahawa mereka menerima keputusan Tat Meng itu yang memilih haluan baharu dalam kerjaya beliau.“Dengan hati yang berat dan penuh rasa terima kasih, Team LZJ menerima keputusan Pengarah Kejurulatihan, Wong Tat Meng bagi meneruskan fasa baharu dalam kerjaya kejurulatihannya,” ujar Team LZJ menerusi laman X.