Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Muniz, mendedahkan giginya patah akibat disiku pemain Buriram United dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menjelaskan: “Juan Muniz patah gigi, disiku pemain Buriram United. Pemain terbaik final Piala FA ini tidak dapat beraksi perlawanan seterusnya akibat digantung 1 perlawanan.” katanya usai aksi hangat itu.
Bekas pemain remaja kebangsaan Sepanyol itu beraksi selama 75 minit sebelum digantikan dengan Heberty Fernandes.
sumber:- stadium astro
Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan menduduki tangga keenam selepas enam perlawanan serta berkongsi lapan mata bersama Buriram United.