Skuad Harimau Malaya meraih pencapaian positif apabila naik satu anak tangga ke kedudukan ke-132 dunia, berdasarkan kepada kemas kini terkini ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), hari ini.
Berdasarkan kepada laman sesawang www.fifa.com, anak buah Pau Marti Vicente mengumpulkan 1117.05 mata untuk naik daripada kedudukan ke-133 bulan lepas, sebaris bersama pasukan Cyprus (130), Malawi (131), Nicaragua (133) dan Kuwait (134).
Kenaikan kedudukan itu adalah berdasarkan kepada kejayaan pasukan negara mengalahkan Laos 3-1 pada 14 November, dan seri 1-1 dengan India pada 18 November.
Namun kedudukan itu menyaksikan Malaysia masih ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Thailand (97), Vietnem (116) dan Indonesia (125).
Lima pasukan terbaik Zon Asia ialah Jepun (15), Iran (18), Korea Selatan (23), Australia (26) dan Qatar (46).
sumber:- HM
Argentina selaku pemenang Piala Dunia 2022, kekal unggul di tangga teratas, diikuti Perancis, Sepanyol, England dan Brazil.