sukan

ACLE: Shandong Taishan tempan jumpa JDT

Shandong Taishan berputih mata sebelum bertemu juara 10 kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), selepas tunduk kepada Shanghai Port dalam perlawanan akhir Piala FA China, semalam.

Skuad Harimau Selatan perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk menewaskan Shandong Taishan di Stadium Olimpik Jinan bagi mengekalkan penguasaan dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Skuad kendalian Hector Bidoglio juga mempunyai kelebihan tujuh mata berbanding pasukan lawan apabila menduduki tempat keempat berbanding Shandong Taishan di kedudukan kesembilan.

sumber:- stadium astro

JDT akan bertemu wakil dari China itu pada Selasa depan (26 November 2024) pukul 8.00 malam. Saksikan secara langsung di Astro Arena!