sukan

TERKINI: Skuad Malaysia ‘mengamuk’ berpesta gol

Skuad futsal negara kenduri gol selepas menewaskan Brunei 11-0 dalam saingan Kumpulan A Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 yang berlangsung di Terminal 21 Korat, Nakhon Ratchasima, Thailand, sebentar tadi.

Syed Aizad Daniel, Ridzwan Bakri, Syahir Iqbal Khan, dan Faris Johan membantu pasukan dengan masing-masing menjaringkan dua gol. Manakala, Awalluddin Mat Nawi, Abu Haniffa mencipta nama selaku penjaring dengan satu gol.

sumber:- stadium astro

Anak buah Rakphol Sainetngam tiada masalah untuk memulakan saingan dengan langkah kanan dengan selepas ini mereka akan berdepan cabaran daripada Thailand, Vietnam, dan Timor-Leste.