Pemain perseorangan wanita profesional negara, S Kisona meraih kejayaan bermakna sempena perayaan Deepavali apabila muncul juara di Terbuka Belanda, semalam.
Pemain di ranking 101 dunia itu menewaskan lawan dari Azerbaijan, Keisha Fatimah Azzhara dengan straight set 21-14, 21-16 dalam masa 41 minit sekali gus menamatkan kemarau beberapa tahun tanpa sebarang gelaran.
Jelasnya, dia amat berbangga dengan kejayaan yang diperoleh itu meskipun ia hadir dari kejuaraan tidak begitu besar tetapi memberi semangat buat dirinya untuk terus melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.
“Segala kemuliaan kepada Tuhan. Kemenangan kecil tapi bermakna,” katanya di Instagram miliknya.Kejayaan itu juga meletakkan dirinya wanita pertama negara muncul juara di kejohanan itu.
Untuk rekod, Kisona meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 2022 dan melalui pelbagai cabaran ketiga bergerak secara sendiri di tambah pada kecederaan lutut yang pernah dia alami sebelum ini.
Ketika Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 minggu lalu, pemain kelahiran Negeri Sembilan gagal meneruskan perjalanan lebih jauh apabila tewas seawal pusingan pertama.
sumber:- HM
Selepas ini, Kisona akan meneruskan perjuangan di Terbuka Jerman dan akan turun bertemu wakil Scotland, Kirsty Gilmour di pusingan pertama yang akan bermula esok.