Selepas beberapa bulan meninggalkan Malaysia, bekas jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon akan kembali ke negara ini.Namun, bukanlah sebagai jurulatih skuad kebangsaan tapi mempunyai tugasan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).
Jurulatih berusia 55 tahun itu kini memimpin Ulsan HD dan akan berdepan pasukan gergasi Malaysia itu pada 5 November ini di Stadium Sultan Ibrahim.
Ketika ini, nasib kurang baik buat Ulsan HD apabila tewas ketiga-tiga perlawanan pembukaan dengan kesemuanya menentang wakil dari Jepun.
Rekod kurang baik dipegang oleh kelab Korea itu selepaa tewas tiga daripada 4 pertembungan menentang JDT sejak dua tahun lalu termasuklah kekalahan 2-1 di Johor Bharu pada 2023.
Skuad Harimau Selatan kini mengumpul 4 mata selepas tiga perlawanan dan melakar kemenangan ke atas Shanghai Shenhua 3-0, seri menentang Shanghai Port dengan keputusan 2-2 sebelum tewas kepada Gwangju dengan jaringan 3-1.
sumber:- HM
JDT pula memiliki rekod baik dalam saingan domestik terutamanya beraksi di laman sendiri sekali gus memberikan cabaran sukar buat Ulsan HD.