sukan

Kejutan Ballon d’Or , Real boikot majlis

Pemain tengah Manchester City dan Sepanyol, Rodri dinobat sebagai pemenang Ballon d’Or lelaki selepas memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kali keempat berturut-turut dan Euro 2024, tetapi Real Madrid memboikot majlis itu.

Keputusan untuk menganugerahkan hadiah bagi pemain terbaik di dunia kepada pemain tengah bertahan itu agak mengejutkan, dengan pemain Real Madrid yang memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara, Vinicius Junior dilihat sebagai calon terbaik sebelum majlis diadakan.

Beberapa jam sebelum majlis di Paris itu, kelab Sepanyol itu mengumumkan delegasinya tidak akan menghadiri majlis di Chatelet Theatre kerana menganggap kemenangan Vinicius dirompak.

Rodri, 28, memainkan peranan utama ketika City mengatasi cabaran Arsenal untuk memenangi kejuaraan EPL musim lalu dan dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan pada Euro 2024 apabila Sepanyol muncul juara di Jerman.

sumber:- BH

Sekalipun penganjur Perancis menegaskan identiti pemenang menjadi rahsia besar tahun ini, berita itu dilihat bocor dengan Madrid mengumumkan beberapa jam sebelum majlis mereka tidak akan datang. – AFP