Manchester United memecat pengurusnya, Erik ten Hag susulan permulaan buruk musim ini dengan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu terperosok di tangga ke-14 selepas sembilan perlawanan.
Keputusan memecat pengurus dari Belanda itu hadir selepas dua tahun setengah dia mengendalikan The Red Devils dan kekalahan kepada West Ham 1-2 semalam menyaksikan mereka hanya mencatat tiga kemenangan.
“Erik ten Hag meninggalkan peranannya sebagai pengurus pasukan utama Manchester United,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.
“Ruud van Nistelrooy akan mengendalikan pasukan sebagai ketua jurulatih sementara, dibantu oleh pasukan kejurulatihan semasa, manakala ketua jurulatih tetap yang baharu akan dilantik.”
Kedudukan pengendali dari Belanda berusia 54 tahun itu menjadi subjek spekulasi untuk sebahagian besar musim lalu apabila United mencatat penamat terburuk mereka dalam Liga Perdana Inggeris selepas menghuni tempat kelapan.
Bagaimanapun, kemenangan mengejut di final Piala FA ke atas Manchester City dan ditambah dengan fakta skuad itu berdepan banyak masalah kecederaan memberi Ten Hag ‘talian hayat’.
sumber:- BH
Dia menandatangani kontrak baharu untuk melanjutkan tempohnya sehingga 2026 dan mendapat peluang bagi memulihkan juara liga Inggeris 20 kali itu.Keputusan awal musim ini bagaimanapun memberi bayangan bahawa Ten Hag tidak akan mencapainya. – REUTERS