sukan

ACL Elite: Info Siaran Langsung Gwangju vs JDT

Juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim akan meneruskan perjuangan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang pendahulu kumpulan dari Korea Selatan, Gwangju FC petang esok.

JDT yang kini berada di tangga kedua kumpulan A bagi saingan tersebut mengumpul 4 mata manakala Gwangju gah mendahului kumpulan dengan 6 mata melalui 2 kemenangan terdahulu.

Pertemuan ini pastinya menjadi tumpuan bagi zon Asia Timur dengan kedua-dua pasukan menginginkan tempat teratas kumpulan selepas mengharungi perlawanan ketiga kumpulan.

sumber:- stadium astro

Info Siaran Langsung & Live Streaming: ACL Elite Gwangju FC vs JDT
Tarikh: 22 Oktober 2024 (Selasa)
Masa: 6 petang
Saluran: Astro Arena Bola 803, Astro GO, dan sooka
Venue: Yongin Citizen Sports Park