sukan

Malaysia sahkan slot Separuh Akhir lebih awal

Malaysia sudah menjamin satu slot separuh akhir dalam acara beregu campuran di Terbuka Artik di Vantaa Finland apabila dua pasangan negara akan membuat perhitungan pada aksi suku akhir, esok.

Beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang masih segar dengan kejayaan muncul naib juara Terbuka China, bulan lalu mara ke kelompok lapan terbaik selepas menundukkan gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi pusingan kedua, hari ini.

Pada aksi di Vantaan Energia Areena itu, Soon Huat-Shevon yang diletakkan sebagai pilihan ketiga tidak melakar kemenangan 22-20, 21-16 ke atas gandingan Thailand berkenaan.

Kemenangan membolehkan mereka menempah pertemuan dengan satu lagi beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin di suku akhir.

sumber:- BH

Terdahulu, Pang Ron-Su Yin mencipta kejutan menumbangkan pilihan keenam dari Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-19, 21-12 untuk mengesahkan tiket ke kelompok lapan terbaik.