Arsenal kini menimbang larangan pemain mereka daripada berinteraksi dengan tetamu VIP di Emirates susulan gurauan kasar Conor McGregor ke atas Declan Rice dan Bukayo Saka minggu lalu.
Bekas juara UFC McGregor berada di Emirates minggu lalu ketika Gunners menang 2-0 ke atas Paris Saint-Germain dalam saingan Liga Juara-Juara.
Namun selepas tamat perlawanan, McGregor menyelinap masuk ke padang dan bergurau dengan Declan Rice dan Saka secara menendang sebelum mengacah mahu menghumbankan mereka ke padang.
McGregor turut kelihatan berlari sekitar padang sambil memegang jersi Arsenal dan botol arak jenamanya sendiri. Tindakan jaguh dari Ireland itu menyebabkan pengurusan Gunners berasa malu dan kini mereka mahu mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan insiden terbabit berulang kembali.
Menurut The Times, pencabar Liga Perdana Inggeris itu membuat siasatan dalaman dan difahamkan McGregor masuk ke padang tanpa mendapat kebenaran kelab dan diarahkan kembali ke tempat duduk penonton.
Kebimbangan Arsenal berasas selepas apa yang dilakukan ke atas Saka yang boleh dikhuatiri mendatangkan kecederaan dan siasatan awal mendapati McGregor dan rombongannya mendapat tiket VIP pada saat akhir menerusi pihak ketiga.
sumber:- HM
Kotak khas untuk mereka berhampiran tempat pemain berkumpul selepas tamat perlawanan.