sukan

Pampasan pecat Ten Hag sangat tinggi

Manchester United perlu membayar 17.5 juta pound (RM96.55 juta) kepada pengendalinya, Erik ten Hag sekiranya mereka mahu menamatkan kontraknya di Old Trafford yang tamat akhir musim depan.

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding memecatnya pada Jun lalu, sebaliknya Man United melanjutkan kontraknya setahun lagi.

Keupayaan pengendali dari Belanda itu sekali lagi dipersoalkan selepas kekalahan 3-0 kepada Tottenham Hotspur di Old Trafford kelmarin.

United kini di tangga ke-12 liga selepas tewas tiga daripada enam aksi pertama musim ini – permulaan yang tidak lari jauh daripada penamat terburuk kelab itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Ten Hag begitu hampir dipecat pada musim panas lalu, tetapi pemilik United, Jim Ratcliffe memilih untuk mengekalkan pengendali itu selepas dia berjaya menewaskan Manchester City di final Piala FA.

Namun dalam saingan liga, tiada perubahan ditunjukkan oleh skuad kendalian Ten Hag, yang berbelanja 175 juta pound (RM965.89 juta) pada musim panas untuk pemain-pemain baharu.

Bagaimanapun Ten Hag diberi peluang memperbaiki prestasi skuadnya pada dua perlawanan akan datang – menentang FC Porto dalam saingan Liga Europa pada Khamis dan kunjungan ke Aston Villa, Ahad ini.

sumber:- BH

Tempoh dua minggu rehat perlawanan antarabangsa selepas itu akan memberikan Ratcliffe ruang untuk memutuskan kedudukan Ten Hag di Old Trafford. – AGENSI