Pengendali skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menegaskan anak buahnya layak untuk memenangi trofi Pestabola Merdeka 2024 selepas tampil sebagai pasukan lebih baik berbanding Lubnan pada aksi final, malam tadi.
Jelas pengendali dari Sepanyol itu, mereka berjaya menguasai sebahagian besar permainan menentang pasukan di ranking ke-116 dunia di sebalik berdepan cabaran dengan dia menyifatkan pertembungan terbabit sebagai satu aksi yang sukar.
“Semua pemain bekerja keras pada aksi final ini dan ini adalah hari yang baik untuk meraikan (kejayaan Pestabola Merdeka 2024).
“Kita bermula dengan positif pada babak pertama berdepan pasukan yang bertahan dengan baik dan ada kelebihan fizikal. Kita menguasai permainan dan kita bertuah dapat menyudahkan peluang yang kita ada.
“Kita bergelut untuk mengekalkan corak permainan sama pada babak kedua tetapi kita pun ada mencipta peluang menerusi transisi dilakukan. Jika kita dapat menyudahkannya dan menjaringkan satu atau dua gol lagi, ia akan jadi berbeza untuk kita,” katanya.
Terdahulu, Malaysia menamatkan badi kemenangan berdepan ‘Pak Arab’ untuk kembali menjulang trofi Pestabola Merdeka selepas 11 tahun apabila menewaskan Lubnan 1-0 dalam aksi final, sebentar tadi.
Kemenangan ke atas Lubnan di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu menjadi detik manis buat Pau Marti apabila menjulang trofi pertama hanya selepas dua aksi mengendalikan Harimau Malaya.
Malah, kejayaan itu turut menyaksikan Harimau Malaya menebus kekecewaan tahun lalu selepas tewas 0-2 kepada Tajikistan di pentas akhir yang mana ketika itu Vicente bertindak sebagai penolong kepada Kim Pan Gon.
sumber:- BH
Kali terakhir skuad negara muncul juara Pestabola Merdeka pada 2013 yang disertai skuad bawah 23 (B-23) tahun dengan Malaysia menewaskan Myanmar 2-0 di final.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More