Skuad Harimau Malaya digesa meneruskan rentak sama seperti ketika menewaskan Filipina 2-1 apabila turun di final Pestabola Merdeka menentang Lubnan, Ahad ini.
Menurut pertahanan kiri, Daniel Ting, barisan pemain negara sudah memperagakan permainan baik apabila menguasai penuh perlawanan ke atas Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Rabu lalu.
Kata pemain kacukan England-Malaysia itu, Lubnan bakal tampil berbeza dan pemain negara diingatkan untuk sentiasa bersedia.”Yang penting kita raih kemenangan (ke atas Filipina), saya fikir kita tampil permainan baik dengan menguasai sepenuhnya aksi dan barisan kejurulatihan laksanakan tugas dengan baik.
“Saya fikir kami bertahan dengan baik dan agak solid, kami turut mengawal permainan dengan baik, namun menentang Lubnan pastinya situasi berbeza,” katanya.
Jelasnya, dia tidak mahu melepaskan peluang bermain di final dan berharap dapat diberikan peluang untuk membantu pasukan.
“Ia memang gembira (ke final) dan semua pemain mahu memulakan aksi dalam kesebelasan utama.
“Ia bagus untuk dapatkan lebih banyak minit permainan dan saya harap dapat kekalkan peluang beraksi di final,” katanya.
sumber:- HM
Skuad negara berpeluang menebus kehampaan di final edisi tahun lalu selepas kecewa tumbang 0-2 di tangan Tajikistan.Lubnan mara ke final selepas menyingkirkan Tajikistan, 1-0, Rabu lalu.