JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus rancak memperkukuhkan pasukan selepas membawa masuk bekas penjaga gol Real Sociedad, Andoni Zubiaurre.
Perkara itu diumumkan juara 10 kali Liga Super itu di laman media sosial mereka dengan Zubiaurre menjadi pemain ketujuh direkrut pada jendela perpindahan kali ini.
“Rumah Harimau Selatan mempunyai ahli keluarga JDT baharu,” tulis kelab itu di laman Facebook Johor Southern Tigers.
Kelab terakhir penjaga gol berusia 27 tahun itu ialah Eldense dan kontraknya tamat pada 30 Ogos lalu selain pernah bersama skuad La Liga, Real Sociedad dari 2017 sehingga 2023.
Mengikut laman Transfermarkt, nilai semasa pemain kelahiran Sepanyol itu sekitar €300,000 (RM1.4 juta).
Kehadiran Zubiaurre itu juga bakal memberikan saingan kepada penjaga gol sedia ada JDT, Ahmad Syihan Hazmi selain memperkuatkan pasukan untuk menghadapi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2024/25 yang akan bermula 16 September ini.
sumber:- SH
Sebelum ini, JDT telah menyambar enam pemain iaitu, Park Jun-heong, Enzo Lombardo, Eddy Israfilov, Iker Undabarrena, Christian Abad dan Jorge Obregon.