sukan

Wan Kuzain, Mats Deijl sah akan sarung jersi Malaysia

Harimau Malaya akan diperkasakan dengan dua lagi pemain berdarah warisan tidak lama lagi.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, melaporkan pemain tengah berdarah campuran Malaysia-Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal, dan bek kanan kacukan Malaysia-Belanda, Mats Deijl, akan menyarung jersi negara tidak lama lagi.

sumber:- stadium astro

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.