Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bekas pengendali Vietnam, Park Hang Seo menjadi antara calon yang berada dalam pertimbangan badan induk itu untuk mengendalikan Harimau Malaya pada masa akan datang.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bagaimanapun menegaskan buat masa ini fokus utama pihaknya adalah menilai prestasi ketua jurulatih Harimau Malaya ketika ini, Pau Marti Vicente.
Beliau bagaimanapun, berkata pihaknya tetap membuat ‘kerja-kerja rumah’ dengan mencari calon baharu sebagai langkah masa depan dengan menilai beberapa jurulatih termasuk Hang Seo.
“Kita akan menilai prestasi Pau Marti, kita bagi peluang kepada untuk membuktikan kemampuan mengendalikan Harimau Malaya.”Namun, pada masa sama kita juga ada melihat beberapa jurulatih lain. Salah seorang adalah Hang Seo ada (dalam radar),” kata Hamidin dalam sidang media di Wisma FAM, hari ini.
Untuk rekod, Hang Seo pernah dilaporkan berminat untuk mengendali Harimau Malaya, sebelum FAM memilih untuk melantik Kim Pan Gon.
Nama pengendali dari Korea Selatan itu kembali dikaitkan dengan Harimau Malaya selepas peletakan jawatan oleh Pan Gon pada pertengahan bulan lalu.
sumber:- BH
Selain itu, Hamidin menegaskan bahawa FAM mahu yang terbaik buat skuad kebangsaan dan berharap ranking negara akan terus melonjak. “Saya nakkan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan. Kita mahu pasukan kebangsaan berada pada prestasi terbaik,” kata Hamidin.