Gandingan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menempuh rintangan berliku sebelum berjaya meneruskan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Jepun di Arena Yokohama, sebentar tadi.
Sze Fei-Izzudin terlebih dahulu memenangi set pertama 16-21 sebelum lawan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, mempamerkan kebangkitan di set kedua untuk mengheret permainan ke set ketiga bagi aksi penentuan.
Kekemasa yang dipamerkan wakil negara harus diberi pujian selepas menepis pukulan smash beregu ranking keenam dunia itu untuk menoktahkan kemenangan bergaya 16-21.
sumber:- stadium astro
Selepas ini, mereka akan bertemu pemenang di antara Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura atau Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana dalam perhitungan seterusnya bagi membawa misi ke pentas akhir kejohanan tersebut.