sukan

Terbuka Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin bertenaga ke suku akhir

Dua beregu lelaki negara menempa nasib berbeza dalam aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Kanagawa sebentar tadi.

Beregu pilihan kelapan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan aksi bertenaga untuk ke suku akhir dengan menundukkan gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han, 21-14, 24-22 dalam masa 47 minit.

Mereka seterusnya akan bertemu lawan pilihan keempat dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, bagi perebutan tempat ke separuh akhir.

Dalam pada itu, cabaran beregu meningkat naik negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, tamat dalam pusingan kedua selepas tewas kepada Fajar-Muhammad Rian.

sumber:- stadium astro

Gandingan negara itu, bagaimanapun, memberikan tentangan sengit sebelum tewas 21-16, 8-21, 15-21 selepas bertarung selama 49 minit