sukan

Imane Khelif rangkul emas tinju

“Saya adalah wanita seperti wanita lain di luar sana. Saya dilahirkan sebagai seorang wanita dan hidup seperti wanita yang lain juga tapi.

“Tetapi ada musuh yang tidak puas hati terhadap kejayaan dan mereka tidak dapat menerima kejayaan saya.”

Itu luahan hati petinju Algeria, Imane Khelif yang membuktikan kerja kerasnya selama lapan tahun ini membuahkan hasil dengan meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.

Dia berjaya memadankan kontroversi jantina yang membelenggunya sepanjang Paris 2024 dengan kejayaan manis di hadapan penonton Roland Garros yang bersorak meraikan kemenangannya.

Imane memperoleh kemenangan dengan keputusan sebulat suara menewaskan Liu Yang dari China dalam final 66kg wanita dan diarak mengelilingi arena di atas bahu ahli pasukannya.

Petinju dari Taiwan, Lin Yu-ting yang mengalami nasib yang sama dengan Imane apabila tidak dibenarkan beraksi di kejohanan dunia tahun lalu selepas gagal ujian kelayakan jantina, akan bertanding dalam final 57kg wanita hari ini.

“Saya sangat gembira. Selama lapan tahun ini adalah impian saya dan kini saya adalah juara Olimpik dan pemenang pingat emas.

“Saya telah bekerja keras selama lapan tahun, tanpa tidur, lapan tahun penat. Kini saya adalah juara Olimpik,” kata Imane, 25.

Terdapat ramai penyokong Algeria hadir memberi sokongan di Court Philippe Chatrier yang boleh memuatkan 15,000 penonton, venue yang biasanya menjadi tempat kejohanan tenis Grand Slam tetapi kali ini hadir menyaksikan salah seorang atlet yang paling kontroversi di Paris 2024.

Dengan ketinggian 1.79 meter (m) Imane menikmati kelebihan dari segi ketinggian dan kekuatan berbanding tiga lawan yang dihadapinya dengan mudah dalam perjalanan ke final.

Yu-ting pula berdepan cabaran yang berbeza, dengan usia 32 tahun, hampir setinggi Imane dan mempunyai rekod sebagai juara dunia.

sumber:- HM

Sorakan gemuruh kedengaran apabila Imane memasuki arena, melakukan bayangan tinju menuju ke gelanggang sambil teriakan “Imane, Imane” bergema.