Kemenangan Noah Lyles dalam acara 100 meter lelaki di Olimpik Paris menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat yang kurang mengetahui peraturan perlumbaan berkenaaan.
Kemenangan pelari Amerika Syarikat (AS) itu terpaksa ditentukan menerusi foto penamat selepas Lyles bersaing sengit dengan pelari Jamaica, Kishane Thompson.
Menerusi gambar foto penamat, sebahagian peminat merasakan Thomson patut menenangi acara reben biru itu kerana kakinya lebih dahulu melintasi garisan penamat.
Namun jika mereka membaca sedikit berkenaan peraturan acara sukan itu sebelum menulis komen, pasti kemenangan Lyles tidak akan dipersoal.
Pelari 27 tahun itu menamatkan penantian 20 tahun AS dalam acara berkenaan dengan penamat paling sengit dalam sejarah temasya – kelapan-lapan pelari hanya dibezakan 0.12 saat.
Lyles yang mendapat tempat kedua di separuh akhir sebelum itu, meraih emas Olimpik pertamanya dengan catatan 9.79 saat untuk menewaskan Thompson.
“(Kemenangan) Thompson dirompak. Dia menewaskan Noah,” kata salah seorang pengguna media sosial.
“Tidak faham peraturan (perlumbaan) tetapi (pelari) Jamaica sampai dahulu,” kata seorang lagi.
“”Adakah kepala dulu untuk menang? Kaki Thompson jelas lebih ke depan,” kata netizen lain.
Seorang lagi netizen berkata: “Peraturan tak boleh pakai. Thompson menang perlumbaan ini.”
sumber:- BH
Dalam perlumbaan trek, pemenang adalah pelari pertama yang bahagian dadanya (sebahagian daripada torso) melintasi garisan penamat. Jadi kaki Thompson tidak menjadi faktor dalam perlumbaan itu. – AGENSI