sukan

Olimpik : Atlet pecut 100m tumbang

Pelari pecut Sudan Selatan, Lucia Moris terpaksa diusung keluar selepas cedera ketika acara saringan 100 meter wanita di Olimpik Paris.

Moris, 23, yang bermula baik dalam saringan berkenaan, tiba-tiba hilang keseimbangan dan tumbang ketika perlumbaan berbaki 30m.

Pasukan perubatan meluru ke atas trek untuk memberi bantuan selepas perlumbaan tamat, sebelum mengusung Moris keluar beberapa minit kemudian.

Pelari Congo, Natacha Ngoye memenangi saringan berkenaan dengan catatan 11.34 saat.Moris beraksi di temasya Olimpik keduanya selepas Tokyo tiga tahun lalu, di mana dia adalah pemegang bendera kontinjen negaranya.

sumber:- BH

Sudan Selatan masih belum memenangi sebarang pingat sejak kali pertama menyertai temasya Olimpik di Rio lapan tahun lalu. – AGENSI