Aréna Porte de La Chapelle menjadi saksi, bahawa monster mentaliti (pinjam ayat Shahrazad Sani) dimiliki beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah buktikan mereka layak diberi “standing ovation”!
Kenapa sampai menerima penghormatan sebegitu rupa? Ini adalah kerana selepas tewas perlawanan peringkat kumpulan A yang pertama ketika bertemu China, ujian getir seterusnya buat Pearly-Thinaah adalah berdepan bekas juara dunia 2018 dan 2019 dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara. Haters mungkin berbisik; “pasti kalah lagi”.
sumber:- stadium astro
Bertungkus lumus membuktikan bahawa mereka serius hendak cipta sejarah tersendiri di bumi Perancis, kesungguhan mereka membuahkan hasil dengan kemenangan rubber set 21-18, 21-16, 21-16 maka tidak hairan lah mereka menerima “standing ovation” daripada penonton. Good job girls, keep on fighting!