sukan

Indonesia ‘mendonia’, lakar sejarah baharu kelayakan Piala Dunia

Indonesia Lakar sejarah baharu dalam dunia Bola Sepak apabila layak Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia selepas lakar kemenangan 2-0 ke atas Filipina dalam aksi terakhir dalam Kumpulan F.

Gol yang membawa sejarah kepada Indonesia di jaringkan oleh Thom Haye pada minit ke 32 dan jaringan daripada Rizky Ridho pada minit ke 56.

Dua Jaringan tersebut meletakkan Indonesia di kedudukan kedua Kumpulan F di belakang pendahulu Iraq yang berada di kelas sendiri dengan mengumpul mata maksimum.

Peminat Indonesia boleh tersenyum lebar apabila mereka juga secara Automatik sudah pun mengesahkan tempat mereka di Piala Asia yang akan dianjurkan di Arab Saudi nanti.

Jika mengambil kira dalam kalangan negara ASEAN, Indonesia boleh berbangga apabila melihat kepayahan yang dihadapi oleh negara-negara jirannya untuk mara lebih jauh.

Satu-satunya pasukan yang hampir mara lebih jauh dalam pusingan kelayakan kali ini adalah Thailand. Begitupun, mereka terpaksa berputih mata dengan satu lagi keputusan membabitkan pertemuan antara China dengan Korea Selatan yang berkesudahan 0-1.