sukan

Wei Xiang Muncul Juara

Pemain perseorangan lelaki, Kong Wei Xiang membuktikan dirinya lebih layak muncul selaku juara selepas menewaskan rakan seperjuangan dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di perlawanan akhir Bawah 16 Tahun (B-16) Pusingan Akhir JET AFFIN 100PLUS 2024 di Dewan Badminton Putrajaya, kelmarin.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu tidak berhadapan sebarang masalah untuk menang ke atas Lim Boon Le straight set 21-14, 21-15 apabila hanya memerlukan 35 minit sahaja.

Namun begitu, Boon Le yang turut beraksi dalam acara beregu lelaki bersama Tiew Wei Jie kembali menebus kekecewaan apabila bangkit di pentas final menewaskan rakan sepasukan negara, Ahmad Redzuan-Isyraf Hafizin dalam pertarungan tiga set 22-20, 12-21, 21-17 yang berlangsung hampir sejam.

Sementara itu, bagi kategori wanita B-16, pemain dari Sabah, Saidatul Saadiah Muhammad terpaksa berhempas pulas mengatasi Ong Xin Ru dengan straight set 21-19, 21-17.

sumber:- HM

Bagi beregu wanita pula, Carine Tee-Lee Mun hanya memerlukan 35 minit untuk mencatat kemenangan mudah ke atas rakan sepasukan dalam BAM, Teh Si Yan-Teh Xin Ying straight set 21-9, 21-9.