sukan

Pengendali Taiwan ‘pening’ dengan kenyataan malaysia

Pengendali Taiwan Gary White tanpa berselindung mengakui beliau sebenarnya keliru atau ‘pening’apabila skuad Harimau Malaya meletakkan sasaran mahu mencipta jaringan besar pada pertemuan esok.

SKuad kendalian Kim Pan-gon mahu meraih kemenangan besar pada aksi terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam usaha mencerahkan peluang untuk ke pusingan seterusnya.

Namun, White berkata, skuad Harimau Malaya dikhabarkan kehilangan sekurang-kurangnya enam tonggak utama namun tetap bercita-cita tinggi untuk memenangi perlawanan menerusi jaringan besar.

“Bagaimana mereka(Harimau Malaya) nak menang besar kalau sebelum ini pun ada pemain utama hanya catat keputusan 0-1.

“Objektif kami jelas iaitu mahukan kemenangan dan kami ada kemahuan untuk dapatkan mata di pertandingan tahap ini.

“Kami ada skuad muda, misi kami agak jelas dan mudah iaitu datang ke sini untuk dapatkan kemenangan. Saya tidak lihat kami hanya sekadar sertai perlawanan ini sebaliknya akan beri sehabis baik dan selebihnya kita lihat pada akhir perlawanan.

“Pada masa sama, kami begitu serius dengan apa kami lakukan dan kita akan lihat nanti semasa atas padang,” katanya pada sidang media pra perlawanan Malaysia menentang Taiwan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

Mengikut rekod, skuad Harimau Malaya kehilangan ramai tonggak utama antaranya Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Darren Lok dan penjaga gol, Syihan Hazmi Mohamed.

Pada perlawanan pertama di tempat lawan November lalu, Harimau Malaya hanya bergantung harap kepada jaringan tunggal Lok bagi memastikan kemenangan kedua sebelum dihimpit kecewa apabila tewas dua kali kepada Oman.

sumber:- HM

Keputusan seri 1-1 dengan Kyrgyzstan, Khamis lalu meletakkan Harimau Malaya dalam situasi sangat sukar untuk ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026, perlu menang 8-0 ke atas Taiwan sambil mengharapkan The Whites Falcons tewas kepada Oman.