sukan

‘Pencen’ dengan bergaya selepas pintas Mokhtar Dahari

Penyerang kebangsaan India, Sunil Chhetri, menamatkan kariernya dengan penuh bergaya selepas bersara di kedudukan keempat di atas legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan rekod 94 jaringan gol buat India.

Mokhtar Dahari berada di kedudukan kelima dengan rekod 89 jaringan gol buat pasukan kebangsaan. Malah, ketika zaman kegemilanggannya, dia yang lebih dikenali sebagai Super Mokh berhasil menjaringkan 177 gol dalam 375 penampilan bersama Selangor.

sumber:- Stadium Astro

Kedudukan pertama masih kekal menjadi milik bintang Portugal Cristiano Ronaldo dengan rekod 128 jaringan gol, manakala tempat kedua adalah Ali Daei dari Iran yang mengumpul 108 gol, serta Lionel Messi di kedudukan ketiga dengan 106 jaringan gol.Selamat bersara Sunil Chhetri.