sukan

Kim Pan-gon buat kejutan 48 jam sebelum aksi Taiwan

Pengendali negara, Kim Pan-gon membuat kejutan apabila ‘mengimport’ ayam tambatan baharu menjelang aksi penting berdepan Taiwan dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Penyerang baharu yang dimaksudkan itu adalah pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero yang mula menyertai latihan malam ini ketika aksi dengan Taiwan itu hanya tinggal 48 jam sebelum sepak mula Selasa ini.

“Pemain Sri Pahang FC, Sergio Aguero menyertai sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya, malam ini.”Ia sebagai pemain ke-26 skuad kendalian Kim Pan-gon bagi menghadapi Taiwan,” kata kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tindakan Pan-gon itu pastinya didorong oleh keperluan mendesak pasukan yang memerlukan sentuhan penyerang lebih tajam untuk pertemuan dengan Taiwan itu.

Ia kerana, skuad negara memerlukan jumlah jaringan besar ke atas lawan dengan sasaran lapan gol diburu dan tidak boleh dibolosi sambil mengharapkan Kyrgyzstan tumbang di tangan Oman.

sumber:- HM

Jika Malaysia menang manakala Kyrgyzstan tumbang, maka kedua-dua pasukan akan mengumpul 10 mata dan perbezaan gol bakal jadi penentu bagi mencari naib juara Kumpulan D untuk mengiringi Oman yang sah bergelar juara kumpulan.