sukan

Kian Meng- Pei Jing cemerlang ke Separuh Akhir

Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, terus mengorak langkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia BWF menerusi kemenangan dua set, sebentar tadi.

Mereka membuka kempen suku akhir di Istora Istayan itu dengan mendahului selesa 8-0, seterusnya membuka jalan untuk mereka mengecapi kemenangan 21-8.

Walaupun berdepan tentangan lebih sengit dalam set kedua sebelum tiga mata berturut-turut ketika terikat 4-4 mencipta momentum mendahului 11-7.

sumber:Stadium astro

Namun, seteru dari Korea Selatan itu kembali merapati jurang dengan tiga kali menangguh mata akhir wakil negara.Apa pun, perlawanan itu pada akhirnya dimuktamadkan dengan rejaman kencang Pei Jing untuk kemenangan 21-19.