sukan

Tan Boon Heong kena tipu RM2.5 juta

Bekas pemain beregu lelaki badminton nombor satu dunia, Tan Boon Heong mendedahkan dia turut pernah menjadi mangsa sindiket penipuan yang mengakibatkan dia kerugian hampir RM2.5 juta.

Pengalaman itu dikongsikan Boon Heong menerusi media sosial miliknya selepas mengetahui pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing menjadi mangsa sindiket penipuan yang mengakibatkan dia hilang hampir semua wang simpanannya.

“Melihat rakan pemain badminton saya ditipu mengingatkan saya yang pernah ditipu juga.

“Setiap penipuan yang anda alami, ia mengajar anda sesuatu. Itulah kehidupan — anda tidak boleh mengelak, setiap orang perlu mengalaminya sekurang-kurangnya sekali.

“Ingat, memberikan wang hasil titik peluh anda ke tangan orang lain dan mengharapkan untuk mendapatkannya kembali adalah mustahil. Saya cadangkan fokus pada apa yang anda boleh kawal.

“Jika anda tidak boleh kawalnya, jangan terlibat,” tulis Boon Heong di Facebook miliknya.Boon Heong yang juga bekas pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 bersama gandingannya Koo Kien Keat kemudian menerusi siaran langsung di Facebook mendedahkan yang dia ditipu sebanyak dua kali oleh individu yang dikenalinya.

Jelasnya, sebab utama dia menceritakan nasib malangnya itu adalah untuk mengingatkan kepada semua supaya berhati-hati ketika melabur.

sumber:- BH

“Saya ditipu sebanyak dua kali, sekali berjumlah AS$500,000 (RM2.3 juta) dan sekali lagi RM160,000. Jika anda benar-benar mahu melabur, anda sepatutnya menjadi pegawai bank dan bukannya pemain,” katanya.