sukan

Pesanan dua Legenda jadi Azimat Bintang harapan baharu Malaysia

Bintang harapan baharu skuad Harimau Malaya, Adib Ra’op akui ada menerima suntikan motivasi dan nasihat berguna daripada dua legenda negara sebagai panduan beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Adib, 25, yang pertama kali berpeluang menyarung jersi negara di pentas tertinggi bakal membuat penampilan sulung apabila disenaraikan dalam skuad Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan.

Jelas Adib, pemenang Augerah Puskas Fifa 2016, Faiz Subri antara bekas pemain yang memberi nasihat kepadanya.

Malah, bekas penyerang handalan negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang pernah berkelana hingga ke Perancis bersama kelab RC Strasbourg pada 1999-201 turut menitipkan nasihat buat Adib.

“Faiz Subri ada bagi nasihat…jurulatih Akmal ada bagi nasihat, supaya jangan risau, jangan takut apa-apa pun sebab ini pertama kali bagi saya.

“Jadi dia pesan bagi terbaik bagi pasukan, naikkan nama sendiri dan kekal fokus,” katanya yang disifatkan oleh pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon sebagai pemain harapan terbaik untuk mengisi ketiadaan Faisal Halim di posisi sayap.

Terdahulu, Pan-gon mengakui terpikat dengan kemampuan Adib dan sudah mengikuti perkembangan pemain itu sejak setahun lalu.

Kata jurulatih dari Korea Selatan itu, Adib memiliki ciri-ciri pemain dimahukan menerusi empat elemen iaitu kepantasan, kekuatan fizikal, agresif dan daya ketahanan tinggi.

sumber:- HM

Situasi itu sekaligus menjadikan Adib calon pengganti Faisal yang sebelum ini terpaksa disisihkan ekoran kecederaan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu.