sukan

Piala AFF: Malaysia dan Gergasi Asia Tenggara berentap awal

Malaysia akan berdepan juara bertahan, Thailand dalam saingan Piala ASEAN 2024 yang akan berlangsung dari 23 November hingga 21 Disember depan.

Ia susulan skuad Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan A bersama Gajah Perang dalam majlis undian yang berlangsung di Vietnam, hari ini.

Skuad kendalian Kim Pan Gon berpeluang untuk membalas dendam terhadap Thailand yang menyingkirkan Harimau Malaya di separuh akhir dalam kejohanan sama, Januari tahun lalu.

Malaysia yang diletakkan dalam balang dua ketiga proses undian itu menjadi pasukan pilihan kedua Kumpulan A dengan Thailand yang memburu gelaran hatrik buat kali pertama membawa status pilihan utama.

Turut diundi dalam kumpulan sama iaitu pasukan jiran, Singapura, Kemboja dan pemenang aksi kelayakan yang akan menemukan Brunei dengan Timor Leste.

Brunei dan Timor Leste terlebih dahulu akan mengharungi perlawanan kelayakan yang akan berlangsung pada September depan.Untuk rekod, Thailand memegang rekod pemenang terbanyak kejohanan yang sebelum ini dikenali sebagai Piala AFF apabila tujuh kali muncul juara termasuk edisi sulung pada tahun 1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020 dan 2022.

Singapura muncul juara empat kali pada tahun 1998, 2004, 2007 dan 2012 diikuti Vietnam pernah dua kali meraih gelaran pada tahun 2008 dan 2018 manakala Malaysia sekali iaitu pada tahun 2010.

Sementara itu, bagi saingan kali ini, Vietnam mengetuai Kumpulan B yang turut dibarisi Indonesia iaitu pasukan yang dua kali menewaskan mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Mac lalu.

sumber:- BH

Tiga lagi pasukan yang turut diundi dalam Kumpulan B adalah Filipina, Myanmar dan Laos.