sukan

Terbuka Thailand: Zii Jia mudah ketepikan saingan pemain Korea

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, mudah mengetepikan saingan dari pemain Korea, Jeon Hyeok Jin, selepas mudah memenangi perlawanan tersebut dalam masa 38 minit.

Zii Jia berjaya lolos ke pusingan seterusnya apabila menundukkan lawan dari Korea itu dengan 20-22 7-21 di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Sementara itu , Pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao, gagal melepasi halangan daripada juara dunia, Kunlavut Vitidsarn, selepas menyajikan perlawanan yang mendebarkan, sebentar tadi.

Bagaimanapun, pemain perseorangan Thailand itu perlu menempuh cabaran dari Jun Hao apabila terpaksa bermain secara tiga set sebelum menoktahkan kemenangan ke atas Jun Hao.

sumber:- SA

Jun Hao yang dipisah 29 anak tangga dengan pemain di ranking ke-8 itu perlu mengakui kehebatan pemain perseorangan Thailand itu yang bangkit mengatasinya dalam set kedua dan mengheret permainan hingga set ketiga.