sukan

Faisal Halim jumpa anak

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim yang kini sedang menjalani proses rawatan di hospital terus menunjukkan perkembangan positif.

Sudah dipindahkan ke wad biasa, pemain kebangsaan itu dikatakan menjamu selera ayam penyet meskipun sebelum ini dilaporkan mengidam nasi kandar.

Malah, Faisal yang lebih dikenali sebagai Mickey juga dapat mengubat kerinduan dan lebih ceria selepas anaknya dibenarkan melawat pemain berusia 26 tahun itu di hospital.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang hadir melawat Faisal di hospital, hari ini.”Kira-kira tiga hari lalu, doktor memberi kebenaran kepada Faisal untuk menerima lawatan daripada anaknya. Saya juga difahamkan dia ada makan ayam penyet semalam.

“Walaupun dia mengidam nasi kandar, dia masih belum berkesempatan untuk menjamu selera makanan itu,” kata Shahril.

Faisal sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa simbah asid di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara dan insiden malang menimpa pemain berusia 26 tahun itu mendapat perhatian semua pihak.

Faisal turut dikatakan mengalami luka melecur tahap empat dan terpaksa menjalani rawatan yang panjang termasuk proses ‘skin allograft’ bagi memulihkan lukanya.

sumber:- BH

Namun, berdasarkan perkembangan terkini, keadaan kesihatan tonggak penting Harimau Malaya itu tampak semakin positif.