sukan

Saya pun tak sangka smash boleh pergi begitu laju — Jun Hao

Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, menyifatkan pengiktirafan pukulan ‘smash’ terpantas kempen Piala Thomas Chengdu 2024 merupakan satu motivasi kepada pemain di ranking ke-37 dunia itu.

“Pengiktirafan dari pentas Piala Thomas 2024 di Chengdu tempoh hari membuatkan saya lebih bersemangat untuk menampilkan permainan lebih baik selepas ini.

“Sejujurnya, saya pun tidak sangka smash boleh pergi begitu laju. Apa pun, satu bentuk keyakinan bahawa saya sebenarnya boleh memberikan persembahan lebih baik lagi.

“Ini juga satu pendorong kepada saya untuk berusaha meningkatkan cara permainan di gelanggang,” katanya.Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebelum ini menyenaraikan pukulan ‘smash’ pemain berusia 24 tahun itu yang terpantas bagi acara perseorangan lelaki sepanjang kejuaraan berkenaan.

Smash Jun Hao merekodkan kelajuan 482.0 kilometer sejam (km/j) diikuti rapat pemain nombor enam dunia dari China, Li Shi Feng (480.7 km/j) dan ketiga Jonatan Christie dari Indonesia (479.0 km/j).

sumber:_ SA

Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia, yang berada di ranking ke-10 dunia juga turut dalam kelompok 10 terpantas apabila menduduki tempat keempat (476.9 km/j) manakala pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen pula ketujuh (462.3km/j)