sukan

Kelantan FC bernasib baik

Kelantan FC boleh dianggap bernasib baik memandangkan pasukan itu diberi satu lagi ‘talian hayat’ sehingga 24 Mei ini oleh Liga Bolasepak Amatur (AFL) untuk melengkapkan pendaftaran minimum 20 pemain bagi membolehkan mereka beraksi dalam saingan Liga A1 Semi Pro musim ini.

Perkembangan itu disahkan Ketua Pegawai Operasi AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad namun beliau memaklumkan penangguhan itu bukan diberi kepada Kelantan FC semata-mata memandangkan banyak pasukan lain turut memintanya selepas tarikh akhir pendaftaran, semalam.

Raimi menjelaskan badan pengendali liga semi profesional itu menerima permohonan pasukan selepas mengambil kira pelbagai faktor dan penangguhan itu pasti dapat membantu pasukan yang bertanding memantapkan penyediaan pasukan menjelang sepak mula, 1 Jun ini.

“Banyak pasukan lain termasuk Kelantan FC meminta penangguhan dan berdasarkan pengamatan kita, ada pasukan yang hampir lengkap tetapi ada juga yang masih bergelut untuk mendaftarkan pemain.

“Kita harus ingat bahawa ada beberapa pembaharuan bagi musim ini, contohnya membabitkan pengenalan pemain import dan proses ini berbeza berbanding pemain tempatan. Mereka perlukan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) daripada pasukan dan persekutuan pemain import itu.

“Semua ini memerlukan masa dan sebab itulah kita mendapat permohonan daripada banyak pasukan untuk melanjutkan tarikh pendaftaran disebabkan mereka mahu mendaftarkan pemain dan berdepan masalah dari segi penyediaan dokumentasi,” kata Raimi.

Terdahulu, selepas ‘dibuang’ dari Liga Super, Kelantan FC berisiko untuk tersingkir daripada saingan Liga A1 Semi Pro bagi musim ini jika gagal untuk mendaftarkan sekurang-kurangnya 20 pemain sehingga tarikh akhir pada 14 Mei lalu.

Raimi sebelum ini dilaporkan berkata, jaguh Pantai Timur itu sebelum ini meminta tarikh lanjutan untuk mendaftarkan pemain selepas tarik pendaftaran sudahpun berakhir pada 8 Mei lalu.

Mengulas lanjut mengenai tempoh lanjutan sehingga 24 Mei itu, Raimi memaklumkan badan pengendali liga itu tidak berdepan masalah meskipun tempoh itu dilihat sudah terlalu hampir dengan sepak mula musim baharu nanti.

“Kita kena pertimbangkan pelbagai cabaran yang dihadapi pasukan dan kita sudah jangkakan pasukan akan meminta tempoh lanjutan. Sebab itulah sebelum ini kita lanjutkan sehingga 14 Mei dan kini kita beri tarikh baharu pada 24 Mei pula.

sumber:- BH

“Saya rasa tidak ada masalah kerana kita sudah mendapat maklumbalas daripada pasukan mengenai draf jadual, venue yang boleh digunakan, jadi