Jaringan kapten Kuala Lumpur City (KL City) FC Paulo Josue pada aksi pertama Liga Super menentang Kuching City dikhaskan untuk tonggak Harimau Malaya Faisal Halim.
Pada aksi malam tadi yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, menyaksikan Josue meraikan gol pertama musim ini dengan gaya ‘siu’ yang sinonim dengan Faisal.
Malah, Josue yang juga rakan sepasukan Faisal dalam pasukan Harimau Malaya turut memakai baju yang bertulis be strong sebagai tanda solidariti selepas Faisal menjadi mangsa simbahan asid 5 Mei lalu.
“Saya raikan gol seperti Mickey biasa lakukan kerana dia dekat dengan kami dan semua rasa kesal dengan apa yang berlaku.”Kami mahu terus memberi sokongan kepadanya dan mahu dia mengetahui bahawa semua pemain sentiasa bersamanya,” katanya.
Pada aksi malam tadi menyaksikan KL City FC terlepas peluang menggenggam tiga mata selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kuching City.
Walaupun beraksi di gelanggang sendiri namun skuad kendalian Miroslav Kuljanac kurang bernasib baik apabila terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol hingga terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri itu.
Josue membuka tirai jaringan buat Kuala Lumpur City seawal minit ke-12 namun Pedro Henrique berjaya menyamakan kedudukan untuk kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.
Mengikut rekod, Faisal disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada serangan yang berlaku di Damansara pada Ahad lalu sehingga disahkan melecur tahap empat.
Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam, Faisal yang pada awalnya agak kritikal disahkan semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif.
sumber:- HM
Pada masa sama, Faisal yang juga tonggak Selangor FC (SFC) menerima rawatan standard tertinggi apabila dirawat menggunakan skin allograft yang dianggarkan bernilai RM30,000.