sukan

Sah layak ke Olimpik secara Automatik

Iraq meraih tempat automatik ketiga Asia pada Sukan Olimpik Paris 2024 semalam apabila menang 2-1 selepas masa tambahan ke atas Indonesia yang memastikan mereka tempat ketiga pada kejohanan Piala Asia B-23 di Qatar.

Ivar Jenner meletakkan Indonesia, yang mengintai peluang layak ke Olimpik buat kali pertama sejak 1956, di depan dengan gol pada minit ke-19 menerusi rembatan leret ke penjuru gol dikawal Hussein Hasan.

Namun tandukan jarak dekat Zaid Tahseen lapan minit kemudian menyamakan kedudukan buat Iraq dan mereka memastikan kemenangan pada minit keenam masa tambahan menerusi Ali Jasim.

Iraq akan menyertai Jepun dan Uzbekistan pada temasya Paris 2024, manakala Indonesia masih berpeluang mara apabila mereka berdepan wakil Afrika, Guinea di ibu negara Perancis itu bagi aksi playoff pada 9 Mei ini.

sumber:- BH

Jepun dan Uzbekistan layak apabila memenangi aksi separuh akhir Piala Asia B-23 Isnin lalu dan kedua-duanya akan bertemu pada final di Doha awal pagi esok. – REUTERS